SENI ITU LUAS

Kenali apa itu seni,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Monday, March 29, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Lukisan pelukis tanah air






Ini adalah karya-karya oleh Syeid Ahmad Jamal,yang mana semua penggemar beliau mengetahui hasil karya beliau dalam bentuk absrak

ini adalah merupakan karya teng ang terkenal dengan batik yang dihasilkanya

kepentingan kreativiti dalam pengajaran PSV

Ruang Lingkup kreativiti

Kreativiti mempunyai ruang lingkup yang sangat luas seperti dalam pengkaryaan ,pemingkiran, dan pelbagai lagi.Bila bercakap tentang kretiviti kita semua tahu apa itu kretiviti.Kreativi ialah sesuatu yang asli dan berdaya cipta untuk menghasilkan karya yang baru.

Di sini saya mahu bercerita tentang kretiviti dalam ruang lingkup pemikiran .Kita semua sudah maklum yang setiap manusia itu mempunyai pemikiran kreatif.Cuma kita sahaja yang perlu bijak menggunakannya.Tapi kadang-kadang manusia tidak sedar yang mereka sememangnya kreatif.Sebabkan mereka kreatiflah mereka sering mencipta beribu alasan untuk membela diri sekiranya mereka melakukan kesalahan.

Apa itu pemikiran?Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Terdapat beberapa teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam

diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.

Kita sering tertanya-tanya apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.

Pemikiran kreatif mempunyai pelbagi ialah untuk matlamat.Disini terdapat beberapa matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.

Apabila kita berfikir secara kritif pelbagai perkara yang ditimbulkan dan menjadi persoalan.Contohnya ialah:kita perlukan idea baru! ada atau tidak cara yang lain?cuba cari kaedah yang lebih mudah.ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?tolong fikirkan kemungkinan lain?kita tidak mahu lagi cara penyelesaian yang lama ,cara ini belum dicuba lagi,tentu ada cara lain,cari sumber yang baru dan pelbagai lagi.

Persoalan demi persoalan inilah yang menjadikan sesuatu yang ingin dihasilkan itu menjadi lebih baik dan berkualiti tinggi tidak kiralah dalam ruang lingkup apa sekalipun.

Maksud kreativiti

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Maksud kreativiti dalam seni visual pula lebih kepada sesuatu teknik yang merujuk kepada penglibatan dalam mnghasilkan pelbagai kualiti kerja yamg baru.Kegiatan seni visual tersebut boleh menimbulkan sesuatu perasaan pada sesuatu yang dihasilkan.Kreativiti juga boleeh digunakan eksprerimen teknik,media baru atau kaedah baru dalam penghasilan seni visual

Samson dan Vernon mengatakaKreativiti adalah suatu misteri yang merupakan suatu fenomena semulajadi.

Guilford mengatakan Kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah.

Gowen (1972) pula mengatakan Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan anak

Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis:

i. Bentuk ciri-ciri individu

ii. Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti

iii. Hasil yang diperolehi daripada proses

iv. Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif

Difinisi kreatif mengikut kamus ialah Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diambil ialah kreativiti itu adalah sangat luas maksudnya dan sangat penting dalam semua bidang yang ingin kita ceburi.Ini kerana kreativiti boleh membantu kita menghasilkan atau melakukan sesuatu kerja itu dengan lebih baik dan berkualiti tinggi

Kreativiti ini banyak membantu dalam penylesaian masalah seseorang.Melalui pemikiran kreatif kita mencari beribu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Sesorang yang tidak berfikir secara kreatif akan cuba lari dari masalah,ini yang membezakan orang yang berfikir kreatif dan tidak kreatif

Dari segi konsep kreatif pula ia adalah sangat luas contohnya ialah Melakukan sesuatu dengan cara yang unik, Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness, Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.,Melihat sesuatu daripada perspektif baru, Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru, Membuka minda dengan idea-idea baru,Mencabar andaian, Mencipta sesuatu yang baru,Menghubungkan Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil,Berfikir secara fleksibel,Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel),danMembuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.Disamping itu kreativiti tidak terbatas ruang lingkupnya.

Masalah dan Penyelesaiaannya

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia di dunia ini,yang membezakan masalah itu hanyalah berat atau ringan masalah yang dihadapi itu.Saya juga mempunyai satu masalah iaitu sifat sensitif yang terlampau terutama dengan orang yang terdekat dengan diri saya contohnya dengan ibu bapa dan adik -beradik saya.
Saya sendiri terasa pelik mengapa saya boleh menjadi sensitive sedangkan perkara yang dilakukan oleh mereka hanyalah kecil sahaja atau boleh di anggap sebagai gurauan.Contohnya saya sedang menonton television yang siarannya saya minati tiba-tiba abang saya datang dan menukar siaran lain, saya meminta dia menukar kembali kepada rancangan yang saya tengok tadi tetapi abang saya buat tidak endah,disebabkan sikapnya itu saya terasa dan mula tidak boleh bercakap dengan sesiapa sahaja yang tinggal di rumah saya.Kadang-kadang saya tidak boleh bercakap dengan mereka sampai tiga atau empat hari.
Di sebabkan masalah diri saya yang terlalu sensitive ini boleh menimbulkan masalah lain kepada saya,seperti tension.Bila tension saya tidak dapat membuat sebarang kerja,dan mood saya juga mula berubah, saya menjadi cepat marah.Masalah ini benar-benar merisaukan saya.Kerana orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa amarah saya.Saya tidak berniat sebenarnya untuk melakukan begitu tetapi ia terjadi di bawah kawalan saya kerana terlalu mengikut perasaan marah saya.Masalah-masalah ini muncul hanya disebabkan sifat sensitif saya yang terlampau.
Langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini perlu di ambil dengan segera agar masalah ini tidak berlarutan.Supaya diri saya tidak terus terbiasa dengan sifat sensitive ini saya telah mengambil beberapa untuk mengatasi masalah ini.Saya rasa langkah-langkah ini mampu juga mengawal masalah-masalah yang timbul dari sifat negative saya itu.
Langkah pertama saya ambil untuk mengatasi masalah ini ialah cuba memahami minat yang ahli keluarga saya suka dan cuba berkongsi minat yang sama supaya saya tidak berkecil hati dengan mereka.
Langkah yang kedua yang saya ambik ialah cuba mengawal emosi bila terasa supaya tidak marah kepada orang yang tidak bersalah.Cuba bertenang dan membuat aktiviti yang boleh melupakan kemarahan saya contohnya cuba melukis,membaca majalah atau novel dan sebagainya agar emosi menjadi lebih tenang.
Langkah yang seterusnya ialah banyak membaca buku motivasi agar dapat memunasabah diri.Ini bertujuan belajar mencari cara atau mempelajari bagaimana cara untuk menenangkan diri apabila terasa atau marah kepada seseorang.Dan cuba mempratikan cara-cara yang terdapat dalam buku tersebut.
Langkah yang seterusnya ialah mengurangkan sifat mudah terasa atau terlalu sensitive dengan cara sentiasa memunasabah diri.Ini supaya saya sedar silap dan salah saya.Supaya saya tidak hanya menunding jari kepada orang lain sahaja.
Langkah-langkah yang saya ambil ini boleh membantu saya dalam menyelesaikankan masalah saya hadapi.Walaupun bukan sepenuhnya dapat menyelesaikannya masalah ini tapi sekurang-sekurangnya menbantu saya mengurangkan bebannya.

pengenalan

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

Apa itu seni? Apa yang kita lihat pada seni? Ada apa dengan seni? Soalan-soalan sedemikian sudah sangat tua usianya. Ahli-ahli falsafah, para pemikir sosial dan budaya, ahli sejarah seni, juga para seniman masing-masing memberikan pandangan mereka tentang seni. Seni adalah itu, seni adalah ini….hujah mereka.

Seni itu mungkin seiring dengan alam. Seni dan budaya itu sangat rapat hubungannya atau seni itu boleh jadi juga aneh sifatnya. Seni itu mungkin kurang ajar dan seniman itu kurang ajar. Seni itu mungkin hasil dari khayalan bodoh yang tidak masuk akal. Seni adalah itu..Seni adalah ini…begitu dan begini…tidak itu dan tidak pula ini…

Seni merupakan wahana bagi setiap ilham seniman. Seni adalah satu perhubungan diantara manusia. Seni adalah salah satu cara berkomunikasi dan interaksi. Setiap karya seni yang dihasilkan mengandungi pesanan, pengertian dan tafsiran yang berbeda. Dan mereka yang melihat karya juga akan meluahkan tafsiran mereka. Sama ada yang melihatnya itu suka atau tidak, karya tersebut telahpun berhubungan dengannya kerana minda manusia akan terus berjalan dan terusik dengan sesuatu yang baru melalui pancaindera kurniaan Tuhan. Selagi ada nafas, para seniman akan terus bergerak dan digerak oleh seni yang telah menjadi nadi kehidupan mereka.

Seperti yang aku bicarakan di perenggan teratas, setiap seniman mempunyai pandangan seni yang berbeda tetapi bersatu dalam memperkatakan bahawa seni itu ekspressi atau luahan rasa dalaman disamping daya cipta yang kuat.

Ada yang lebih gemar melihat seni dari sudut estetika, contohnya lukisan-lukisan bentang darat (landscape) dan alami. Ada yang melihat seni sebagai luahan akal dan perasaan. Ini sangat menonjol pada seni kontemporari, diamana kita diajak seniman berfikir tentang isu-isu kehidupan sosial atau politik didalam sesebuah masyarakat. Seperti karya-karya yang dijadikan senjata propaganda, bantahan, ejekan atau persoalan terhadap suatu system kehidupan dan pemikiran yang ada pada sesebuah masyarakat dan negara. Ada yang tidak begitu condong ke arah seni kontemporari.

"Seni kotemporer hanya menarik untuk akali dan bukan hati." (Remy Sylado, Novelis, Indonesia)

Pengertian seni itu tidak terhad pada satu kerana ia sering mengalami perubahan dan pembaharuan selagi masa dan era berputar. Seperti contoh, pengertian seni pada era Renaissance di kurun ke 16 merupakan suatu yang kolektif, merangkumi lukisan, arca dan senibina. Renaissance berarti kebangunan kembali, satu era di dalam sejarah Barat dimana pemikiran intelek, ilmiah seni, sains dan falsafah berkembang dengan pesat. Pengertian kolektif tentang seni pada waktu itu adalah dari penulis biografi dan seniman Giorgio Vasari. Kemudian pengertian itu berkembang kepada muzik dan puisi, lalu pada kurun ke 18 istilah 'seni halus' diperkenalkan. Namun, istilah ini tidak merangkumi seni hiasan dan kraf seperti tembikar dan tenunan.

Zaman berganti zaman maka seni itu berkembang dan mengalami revolusi. Para seniman yang baru lahir dengan gaya seni mereka, mempersoalkan istilah seni yang lama dan memberi nafas baru dalam dunia tersebut. Maka lahirlah pergerakan seni seperti Impressionism, Abstract Expressionism, Pop, Surrealism dan sebagainya.

"Tiada definisi yang satu terhadap seni…" (William Rubin, Direktor Muzium Seni Moden, New York)

"…anda tidak boleh lagi mengatakan bahawa sesuatu itu seni atau bukan…" (Arthur Danto, Profesor Ilmu Falsafah, Pengkritik seni, Universiti Columbia)

kita semua bolehlah menilai dan mengetahui apa itu seni